Telemovie Senarai Raya Papa Di TV3

Pada tahun 2018 yang lalu telemovie Senarai Raya Papa ini pertama kali ditayangkan di tv dan kali ini akan menemui penonton sekali lagi menerusi saluran TV3.

Sesuai dengan nama tajuk ceritanya dimana kini kita masih lagi ada mood Syawal, jadi telemovie khas Aidilfitri ini sesuai untuk tontonan anda yang masih dalam mood raya.

senarai raya papa

Sinopsis Telefilem Senarai Raya Papa

Telefilem Senarai Raya Papa bermula dengan mengisahkan tentang Fairuz yang terpaksa bekerja lebih masa untuk mengumpul duit bagi menampung perbelanjaan raya.

Di dalam keluarga Fairuz, ahli keluarganya sering memberi senarai barang untuk hari raya. Tahun ini, senarainya itu lebih panjang dan mahal.

Demi tidak mengecewakan keluarganya Fairuz bekerja lebih keras dan menyuruh pekerjanya kerja ‘overtime’ untuk mencapai target syarikat. Sehingga Fairuz mengalami stress.

Pelakon & Watak

Berikut merupakan antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam cerita ini seperti Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Mak Ardam, Ieka Zulkifli, Bella Dowana, Alyssa Dezek, Azlan Azman dan ramai lagi.

Advertisements
  • Fahrin Ahmad sebagai Fairuz
  • Nina Iskandar sebagai Laila
  • Mark Adam sebagai Joop
  • Ieka Zulkifli sebagai Lily

Produksi Dan Pengarah

Telemovie asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Idora Abdul Rahman, nukilan skrip serta idea asal daripada Akhmal Kahalil dan diterbitkan oleh produksi Creative Skill Solution

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telemovie Senarai Raya Papa pada 26 April 2024, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh strim secara online di Tonton.

Leave a Comment