Drama Helo Jodoh Di TV3

Selepas Puaka Cuti Semester, satu lagi drama terbaru akan menemui penonton iaitu ‘Helo Jodoh’ yang akan bersiaran menerusi slot Lestary di TV3 mulai 17 Mei ini.

Jika sebelum ini, anda saksikan Riena Diana Riena Diana membawa watak serius dalam Wanita Syurga, kini beliau kembali dengan watak periang dalam drama ini.

helo jodoh

Sinopsis Drama Helo Jodoh

Drama Hello Jodoh mengisahkan tentang Rita yang bercita-cita untuk menjadi DJ Radio terpaksa menangguhkan impiannya. Kini, Rita bekerja sebagai khidmat pelanggan untuk sebuah aplikasi ‘Helo Jodoh’.

Iskandar dan Rita telah disatukan dalam program mentor-mentee untuk membantu Rita mendalami pekerjaan barunya. Mereka ditugaskan untuk membantu pengguna aplikasi tersebut yang berhadapan dengan masalah cinta.

Pada mulanya, Rita terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah dan kerenah manusia seperti bosnya, Puan Rozy dan suaminya, Mr. Roy.

Kemunculan selebriti popular bernama Zack pula telah menambahkan lagi rempah ratus dan warna-warna dalam kehidupan Rita.

Apabila Rita baru sahaja hendak membuka langkah mengejar impiannya, muncul pula seorang gadis ‘glamor’ dan cantik bernama Cassandra yang juga mempunyai impian yang sama, sekaligus menjadi saingan kepada Rita yang mengejar impian, cita-cita dan cinta yang sama.

Advertisements

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang membintangi drama ini seperti Riena Diana, Syarul Ezani, Esma Daniel, Enot, Amanda Tan, Anies Hann, Sera Melissa, Fendy Bakry, Silfeny Osman dan ramai lagi.

  • Riena Diana sebagai Rita
  • Syarul Ezani sebagai Iskandar
  • Anies Hann sebagai Ina
  • Esma Daniel sebagai Mr. Roy
  • Amanda Tan sebagai Wendy
  • Enot sebagai Puan Rozy
  • Fendy Bakry sebagai Zack
  • Shaza Bae sebagai Cassandra

Produksi Dan Pengarah

Drama 13 episod bergenre romantik komedi ini merupakan arahan sutradara Azmi Md Hata dan diterbitkan oleh syarikat produksi Orangetree Production Sdn. Bhd.

Watak Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan drama Helo Jodoh mulai 17 Mei 2024, bersiaran setiap hari khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Leave a Comment