Drama Puaka Cuti Semester Di TV3

Mungkin ada yang pernah menonton drama Puaka Cuti Semester sebelum ini. Ini kerana pada asalnya, ianya merupakan kandungan Tonton Original dan sudah ditayangkan sejak tahun 2023.

Kini drama komedi seram arahan Faizal Nadxaman ini akan menemui penonton di kaca tv pula iaitu bermula 25 April ini bagi menggantikan Iskandar Chempaka.

puaka cuti semester

Sinopsis Drama Puaka Cuti Semester

Drama Puaka Cuti Semester mengisahkan tentang lima orang pelajar kolej iaitu Iqsan, Zubir, Fahmi, Leha dan Aina yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

Kali ini sepanjang cuti semester, mereka semua tidak pulang ke rumah atas alasan masing-masing. Antaranya ada yang mempunyai masalah kewangan, rasa malu dan bermotivasi utnuk menjadi pelajar cemerlang

Tetapi pada suatu hari, mereka diganggu oleh hantu askar Jepun ketika berlatih untuk persembahan sempena Hari Kebangsaan. Botol puaka yang telah dibuka oleh Fahmi membuatkan keadaan lebih kacau.

Disebabkan itu, pelbagai jenis makhluk halus mula membuat kemunculan. Antaranya ada kelibat pontianak, jerangkung dan bunia. Masing-masing mempunyai kisah di sebalik kehadiran mereka di lapangan.

Walaupun perkara ini sememangnya menimbulkan ketakutan dan kekecohan, dalam masa yang sama juga, ianya telah mengeratkan lagi tali persahabatan antara kelima-lima pelajar tersebut.

Jadi apakah kesudahan kepada gangguan-gangguan mistik yang dihadapi oleh mereka? Dapatkan mereka merungkai kisah-kisah mereka tersebut pada akhirnya?

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang terlibat dalam drama siri ini seperti Mark Adam, Zaki Azeman, Farhan Mazlan, Tracie Sinidol, Aween Ismail, Ropie, Azza Elite, Nazzaty Rusly, Hariff Ahamat, Aryana Armani dan ramai lagi.

Advertisements
  • Mark Adam sebagai Iqsan
  • Zaki Azeman sebagai Zubair
  • Farhan Mazlan sebagai Fahmi
  • Tracie Sinidol sebagai Leha
  • Aween Ismail sebagai Aina
  • Ropie sebagai En. Sabri
  • Azza Elite sebagai Kak Ton
  • Nazzaty Rusly sebagai Melati
  • Hariff Ahamat sebagai Dr. Ariff

Produksi & Pengarah

Drama 10 episod ini merupakan arahan sutradara Faizal Nadxaman, nukilan skrip daripada Qawiem Hamizan bersama Haniz Ali dan diterbitkan oleh syarikat produksi Anomali Media Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Saksikan drama Puaka Cuti Semester yang akan bersiaran mulai 25 April 2024, setiap Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Lestari di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Dimana Disiarkan

Slot Lestari di TV3

Waktu Disiarkan

Mulai 25 April 2024, Khamis – Sabtu, jam 9.00 malam

Leave a Comment