Filem Gold Menemui Penonton Mulai 10 Jun Ini Di Pawagam (Info & Sinopsis)

Sebuah lagi filem aksi sukan pada tahun ini akan menemui penonton di pawagam berjudul Gold yang juga merupakan filem biografi badminton Malaysia iaitu Cheah Like Hou, pemenang pingat emas Paralimpik Tokyo 2020.

Jika sebelum ini menerusi filem Padu untuk sukan bola keranjang dan kini mengisahkan tentang sukan badminton pula. Pencapaian luar biasa daripada atlet paralimpik negara di pentas tertinggi dunia di sukan Paralimpik.

BACA JUGA : Sinopsis Filem Padu

Ianya sebuah kisah kesah benar adaptasi daripada kehidupan Cheah Like Hou sendiri bermula daripada latihan yang dilakukan bersama coachnya, Rashid Sidek sehingga berjaya mencapai pingat emas dalam sukan badminton.

filem gold

Sinopsis Filem Gold

Filem Gold mengisahkan tentang Cheah Liek Hou yang merupakan seorang pemain badminton yang luar biasa dengan rekod tidak terkalahkan hasil daripada kemahiran yang sangat tinggi.

Namun, semasa puncak kariernya, beliau didapati menghidapi kebas saraf brakial. Tanpa semangat berputus asa, Liek Hou terus berjuang dan menyertai kejohanan badminton kurang upaya dan berjaya memenangi kejuaraan dunia dengan semangat atlet yang tinggi.

Namun, kehilangan ayah yang menjadi tonggak utama sokongan beliau sepanjang hidup telah menjadi satu dugaan besar buatnya. Beliau terpaksa menghadapi cabaran hidup dengan penuh keberanian.

Apabila Sukan Paralimpik mengumumkan badminton merupakan antara sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan Rashid Sidek, seorang pemain badminton legenda yang menjadi jurulatihnya.

Advertisements

Dibimbing oleh Rashid Sidek, Liek Hou berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dan mengatasi pelbagai halangan untuk memenangi Sukan Paralimpik, akhirnya mencipta sejarah penting bagi negara Malaysia dengan memenangi pingat emas.

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara teraju utama yang penting dalam filem Gold ini adalah antara Jack Tan bersama Farid Kamil. Selain itu, terdapat juga lakonan daripada Yasmin Hani, Wan Raja, Fabian Loo, Freddie Ng, Lynn Lim, Daniel Cheah dan ramai lagi.

  • Jack Tan sebagai Cheah Liek Hou
  • Farid Kamil sebagai Rashid Sidek
  • Yasmin Hani sebagai isteri Rashid Sidek
  • Wan Raja sebagai Misbun Sidek
  • Fabian Loo sebagai Guan Teng
  • Freddie Ng sebagai Ayah Liek Hoi
  • Lynn Lim sebagai Ibu Liek Hou
  • Daniel Cheah sebagai Af Fat
filem gold

Produksi & Pengarah

Filem ini mendapat sentuhan daripada pengarah hebat Andrian Teh, nukilan skrip daripada Wall Fish dan diterbitkan oleh hasil kerjasama produksi Astro Shaw dan Act 2 Pictures.

Waktu Tayangan

Jadi jangan terlepas untuk saksikan filem Gold yang akan mula temui penonton pada 11 Julai 2024 (Khamis) di pawagam seluruh negara. Saksikan kisah kebangskitan atlet badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou.

Leave a Comment