Review Drama Framed (Untuk Episod Awal)

Siri Astro Originals terbaru kini sudah mula ditayangkan, jadi kami kongsikan review drama Framed untuk episod awal satu dan dua yang kini sudah dimainkan di Astro Premier (410).

BACA JUGA : Info Penuh Drama Framed (Astro Originals)

Sebuah siri terbaru yang membawa genre thriller penyiasatan mengisahkan tentang Lia yang mencari kisah sebenar disebalik kisah kematian atau kehilangan ibunya Sara pada 10 tahun yang lepas.

Sinopsis Drama Framed

Drama Framed mengisahkan tentang Lisa iaitu seorang wartawan Lia, seorang wartawan yang menemui sebuah kamera polaroid lama, di mana kamera tersebut mampu mencetak momen-momen tragedi yang akan berlaku pada masa hadapan.

Berbekalkan petunjuk daripada gambar-gambar yang dicetak, Lia dengan secara tidak sengaja telah membuka penyiasatan untuk mengetahui kisah kehilangan ibunya.

Ketika penyiasatan ini, Lia bertemu Edi, seorang aktivis alam sekitar, mereka juga mendapat petunjuk tentang konspirasi pencemaran persekitaran yang berlaku di bandar Krung Merah pada 10 tahun lalu, dikaitkan dengan kehilangan ahli keluarganya.

Advertisements
drama framed

Review Drama Framed

Untuk info ketika review ini dikeluarkan, Framed baru sahaja menayangkan 2 episod awal daripada 8 episod kesemuanya. Jadi untuk review drama Framed ini adalah berkenaan untuk episod awal ini sahaja.

Nampaknya keluarga Astro Originals sekali lagi tidak menghampakan penonton terutamanya kami yang sering mengikuti siri-siri yang dikeluarkan sebelum ini seperti I.D, One Cen Thief, Projek: High Council dan sebagainya.

Kali ini, mereka datang dengan dunia penyiasatan pula. Idea yang fresh dimana rasanya jarang kita lihat drama-drama dikeluarkan di tv sebelum-sebelum ini. Jadi menarik minat kami untuk ketahui jalan cerita sehingga habis.

Untuk episod awal ini, nampaknya pengarah Sein Qudsi telah memperkenalkan screen time banyak watak-watak yang terlibat. Akan tetapi masing-masing masih terlalu awal untuk tahu dengan lebih mendalam kecuali watak utama Lia dan Edi.

Jika dalam sinopsis, untuk review drama framed awal-awal ini, kami jangkakan akan ada misteri di sebalik kamera polaroid yang dikatakan boleh lihat masa depan daripada gambar yang dihasilkan sendiri tanpa bantuan orang.

Akan tetapi kamera polaroid tersebut tidak terlalu menonjol. Dieorang macam tak pelik macam mana kamera tersebut boleh print sendiri. Akan tetapi sudah mula menggunakan prediction yang dihasilakan daripada kamera tersebut.

Watak utama, Lia bermula dengan penyiasatan kepada sekumpulan ‘vigilante’ yang bergelar Ecojuang. Kemudian terjebak dengan siasatan Aziz dan anaknya Azlina yang telah dibunuh dan akhirnya membawa kepada kisah kehilangan ibunya pula.

Advertisements
review drama framed

Plot dibina satu-satu dalam episod awal ini yang membawa kepada plot utama iaitu kehilangan ibunya. Semua ini pastinya ada kaitan dengan syarikat pemaju ARC yang bermula pada tahun 2011 akibat runtuhan jambatan tersebut.

Tapi daripada 2 episod awal ini, memang tak boleh jangka lagi lah. Adakah betul Azlina tu memang mati dibunuh? Adakah betul sebenarnya ibu Lia iaitu Sara juga mati dibunuh? Kerana masing-masing tiada bukti mayat yang dijumpai.

Mesti ada plot awal ni. Kisah pemaju dan CEO Gibran. Kemudian ada pula YB Mansur seorang ahli politik juga terlibat. Inspektor Navin bersama Rita dan Ka Hong datang untuk menyiasat. Edi juga tidak ketinggalan.

Menarik untuk disaksikan. Barisan pelakon best. Setup plot penyiasatan yang menarik setakat ini. Cinematografi pun lain dari yang lain dengan membawa mood suspen dan cemas. Prop pun tak nampak macam drama murah. Ini lah antara review drama framed untuk episod awal

Jadi jangan lupa untuk terus ikuti episod seterusnya drama Framed yang akan bersiaran setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam menerusi Astro Premier (saluran 410) atau secara striming di platform Sooka.

Rating Drama Framed – 4/5 (episod awal)

Leave a Comment