Review Filem The Experts: Aksi Heist Antara 5 Beradik

Aura Sheriff: Narko Integriti masih belum reda, Astro Shaw bawa lagi satu filem terbaru dan kali ini kami ingin kongsikan review filem The Experts yang kini sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Filem ini secara rasminya ditayangkan pada 23 Mei 2024, tapi istimewa kali ini, anda sebenarnya boleh saksikan di semua panggung wayang seluruh Malaysia seawal 21 Mei iaitu hari Selasa lagi.

BACA JUGA : Info Penuh Filem The Experts

Ianya merupakan sebuah filem aksi ‘heist’ rompakan melibatkan 5 adik-beradik yang melibatkan pelakon-pelakon ternama negara iaitu Aaron Aziz, Remy Ishak, Mimi Lana, Ray Dap Dap dan Syafiq Kyle.

the experts

Sinopsis Filem The Experts

Filem ‘The Experts’ mengisahkan tentang sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan.

Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi.

Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.

Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Review Filem The Experts

Sebelum review, nak perkenalkan dulu 5 adik-beradik ini

  • Farid (Aaron Aziz) merupakan ketua ataupun maestro
  • Keyrol (Syafiq Kyle) sebagai pakar risikan
  • Emma (Mimi Lana) selaku pakar manipulasi
  • Amer (Remy Ishak) sebagai pakar penyamaran
  • Lan (Ray Dap Dap) merupakan pakar godam

Jika dilihat setiap adik-beradik ini memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan misi heist mereka. Mereka perlukan antara satu sama lain, supaya setiap aktiviti mereka tidak akan kantoi.

Untuk review kali ini, kami nak kongsikan apa yang best dan tidak best sahaja penceritaan. Akhir sekali, kami simpulkan adakah filem ini wajib tonton atau boleh skip tunggu keluar di OTT sahaja

Apa Yang Best

Konsep atau idea heist (rompakan) yang dibawa sangat menarik. Katanya cerita ini diinspirasikan daripada peristiwa sebenar. Tapi rasanya, idea rompakan itu sahaja yang pernah berlaku. Overall jalan cerita takda langsung pun.

Sepanjang cerita, ada 2 kali aksi rompakan dibuat iaitu pada awal babak dan juga babak utama yang merangkumi keseluruhan penceritaan. Yang pada awal, terlalu simple dan babak utama kunci segalanya.

the experts

Kalau cerita aksi heist, mestilah penonton nak tengok bagaimana cara mereka merompak kan? Yes, anda bakal disajikan dengan aksi-aksi tersebut. Bagaimana percaturan awal, bagaimana mereka implikasikan idea yang diberi sehingga cara untuk lepaskan diri.

Untuk kami, bagi sebuah filem lokal, sebenarnya cukup baik dah. Tetapi masih ada ruang yang boleh diperbaiki. Ada lagi sikit-sikit boleh tambah untuk jadikannya lebih suspen dan dramatik untuk lakukan aksi heist.

Cinematografik pun cantik terutamanya ketika Keyrol cuba untuk buka peti besi untuk curi cincin Keluarga 5 Gading tu. Selain daripada gear kunci, bunyi detik gear, grafik yang diberikan sangat baik sebenarnya.

Secara keseluruhan, filem ni tak terlalu banyak aksi. Tapi masih ada, jangan risau dan kami rasa ianya mencukupi untuk filem rompakan. Tak perlu banyak sangat gaduh-gaduh atau aksi tembak-tembak. Just nice sahaja.

Plot overall simple dan tidak terlalu berat. Tapi masih ada plot twist. Rasanya kita mungkin boleh jangka ada plot twist, tetapi tak tahu macam mana ianya terjadi. Alih-alih tak terjangka juga sebenarnya.

Untuk barisan pelakon, selain daripada watak-watak utama. Sebenarnya watak tambahan sangat mencuri tumpuan terutamanya watak Ah Teck daripada Douglas Lim dan Jay Iswazir sebagai Glasses.

Watak dieorang ni tak banyak pun screen time. Tapi setiap kali keluar, best gila. Dengan watak ini jugalah sebenarnya terlahirnya punch line yang tidak dijangka terutamanya daripada Ah Teck. Korang dengar sendiri lah masa Abang Long tempat suit tu. Sumpah kelakar hahaha

Ray ERA tu pun kelakar juga tau.

Advertisements

Apa Yang Tak Best

Mula-mula je sebenarnya kurang rangup la. Nak merompak gold bar, tapi letak dalam peti besi di sebuah kilang. Security tak power langsung. Aksi heist pun simple sangat. Ada godam satu dua, tendang sekali dua dan buka peti besi. Setel.

Kami rasakan kelima-lima watak utama ni, tak macam adik beradik kalau dengan dieorang lontarkan dialog. Ada cringe sikit. Macam kawan-kawan je. Kalau semua buat kawan, jadi. Tapi sebab nak tema kekeluargaan, buat la juga adik-beradik.

Watak Aaron Aziz sebagai Abang Long pun tak nampak macam dia abang dan ketua. Watak dia nampak lemau je. Mungkin nampak ketua, sebab dia terangkan segala strategi untuk merompak, lain macam biasa sangat.

Plot dia walapun simple, tapi macam kelam kelabut sikit, lagi-lagi dia selitkan peristiwa lama yang menimpa ayah mereka. Sudahnya, tiba-tiba keluarga ni sebenarnya ada kaitan dengan kumpulan mafia 5 Gading ni.

review filem the experts

Pengkhianat Jaafar ni pun sama. Tiba-tiba muncul sebenarnya watak jahat. Tak tahu asal usul, tiada cerita tentang latar belakang. Ada dendam dengan sesiapa ke atau tidak. Tengok-tengok khianat keluarga sendiri.

Sudahnya, apa kesudahan kepala mafia terbaru, Bashir. Bagaimana pula dengan Glasses selepas di serang geng Ah Teck. Dia macam lupa pula. Sepatutnya bagi la ending, kena gigit anjing ke apa ke kan. Entah la.

Kesimpulan

Tetapi overall, filem The Experts ni sangat menarik dan wajib untuk ditonton di pawagam. Ianya bukan filem mengecewakan, cumanya tidak terlalu wow. Just enjoy the show dan nikmati aksi ‘heist’ mereka.

review filem the experts

Nampaknya ramai yang bagi tahu, lepas tengok The Experts, mereka merasakan Syafiq Kyle adalah pelakon terbaik untuk 2023/2024. Yes! Kami setuju. Syafiq Kyle juga antara watak yang menaikkan filem ni. Nampak lagi best. Tak juara ABPBH tak tahu la nanti.

Itulah antara review filem The Experts daripada kami selepas menontonya sebelum ini. Apa lagi, datang beramai-ramai ke pawagam untuk saksikan filem ini yang mula ditayangkan pada 23 Mei 2024.

Rating Filem The Experts : 4/5

Leave a Comment