Siri X-Change Di Astro Premier (Astro Originals)

Selesai dengan Framed, kini Astro bawakan satu lagi siri premium menerusi Astro Originals iaitu bertajuk ‘X-Change’ yang mana akan ditayangkan di tv mula temui penonton pada 12 Julai 2024.

Setiap drama Astro Originals, pastinya akan dihidangkan dengan sesuatu yang unik. Kali ini menerusi X-Change yang mempersembahkan drama aksi, jenayah heist romantik bakal menggabungkan enam bahasa berbeza serta dialek sepanjang penceritaan.

Bukan itu sahaja, drama siri ini juga menggabungkan barisan pelakon berpengalaman serta yang sedang meningkat naik. Ada Datuk Rosyam Nor, Arfie Shah, Joey Leong dan ramai lagi.

pelakon x-change

Sinopsis Drama Siri X-Change

Kisah ‘X-Change’ bermula apabila Khalif yang baru tamat persekolahan, ingin mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara bersama kekasihnya, Lilian.

Namun apabila bapanya terlibat dalam kemalangan, Khalif terpaksa mengambil alih “bisnes” keluarganya iaitu merompak kedai emas bersama abangnya, Qabil dan Capik.

Tanggungjawab Khalif terhadap keluarganya telah mengheret Khalif semakin terjebak dalam dunia penjenayahan sehingga satu rahsia terbesar keluarganya terbongkar.

Pelakon Dan Watak

Selain Rosyam Nor, terdapat juga nama-nama seperti Arfie Shah, Joey Leong, Hariz Hamdan, Sadiq M. Jamil, Steve Yap, Marisa Yasmin, Angeline Tan, Alvin Wong, Shweta Skehon dan ramai lagi.

Advertisements
  • Datuk Rosyam Nor sebagai Yakob
  • Arfie Shah sebagai Khalif
  • Joey Leong sebagai Lilian
  • Hariz Hamdan sebagai Qabil
  • Sadiq M. Jamil sebagai Capik
  • Steve Yap sebagai Jay
  • Marisa Yasmin sebagai Mariam
  • Angeline Tan sebagai Yi Ling
  • Alvin Wong sebagai Foong
  • Shweta Skehon sebagai Divia
astro originals x-change

Produksi & Pengarah

Siri 10 episod ini mendapat sentuhan daripada sutradara hebat Norhanisham Muhammad aka Labu, nukilan skrip daripada Lamuel Ong dan diterbitkan oleh syarikat produksi Radius One Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan siri Astro Originals X-Change mulai 12 Julai 2024, bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro Go. Selain itu, akan ditayangkan di tv pada hari yang sama, jam 9.00 malam di Astro Premier 110 dan 9.30 malam di Astro AEC 306.

Selain itu, bagi yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton secara striming menerusi Sooka. Hanya langgan pas Entertainment dengan harga RM13.90 sebulan

Leave a Comment