Telefilem Abyad Sofi Di TV1 (Panggung RTM)

Menerusi slot Panggung RTM minggu ini, penonton bakal disajikan dengan telefilem Abyad Sofi yang akan bersiaran pada 20 April 2024, hari Sabtu di TV1.

BACA : Senarai Telefilem RTM Sempena Aidilfitri 2024

Sinopsis Telefilem Abyad Sofi

Telefilem Abyad Sofi mengisahkan tentang wanita bernama Abyad Sofi yang merupakan pemilik sebuah spa kecantikan yang menghidap penyakit sindrom OCD (Obsessive compulsive disorder).

Dia seorang yang obses terhadap aturan dan kebersihan. Dia juga mempunyai seorang adik bernama Wardina yang bekerja sebagai pembaca berita.

Sikapnya yang terlalu tegas di spa menyebabkan dirinya ditakuti para pekerja sendiri. Tunangnya, Rosli juga turut berasa keliru dengan diri Abyad. Bagaimanakah dia berdepan dengan orang sekelilingnya?

Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Mimi Ernida, Fikry Ibrahim, Kazar Saisi dan ramai lagi.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Abyad Sofi yang akan menemui penonton pada 20 April 2024, hari Sabtu, jam 9.00 malam di slot Panggung RTM di TV1 atau secara online di RTM Klik.

Dimana Ditayangkan

Slot Panggung RTM di TV1

Waktu Ditayangkan

20 April 2024 (Sabtu), 9.00 Malam

Leave a Comment