Telefilem Hantu Raya Telekung (Astro Warna)

Telemovie Hantu Raya Telekung Kampung Lenggong akan menemui anda sempena Aidilfitri kali ini menerusi Astro Warna saluran 107 iaitu pada petang hari raya ketiga.

Cerita ini merupakan prekuel daripada Hantu Telekung tayangan tahun 2023 dan kali ini mereka kembali ke Kampung Lenggong pula untuk hadapi hantu raya.

telefilem menarik aidilfitri di astro hantu raya telekung

Sinopsis Telefilem Hantu Raya Telekung

Telefilem Hantu Raya Telekung mengisahkan tentang Ropie yang kini telah diangkat menjadi ketua kampung mengalahkan pesaingnya iaitu Tok Jidin.

Selepas berjaya menangkap hantu yang mengganggu Kampung Lenggong sebelum ini, muncul pula lembaga yang menyerupai Ropie dan menghuru-harakan kampung dan keluarga Ropie.

Adakah Ropie bela hantu raya? Siapakah lembaga yang menyerupai Ropie sedangkan di tidak pernah ada kembar?

Barisan Pelakon & Watak

Antara nama-nama pelakon yang terlibat dalam cerita ini seperti Ropie, Ain Edruce, Reza Hasbi, Lan Zailan, Helmi Gimmick, Norlie Tamam Idris dan ramai lagi.

  • Ropie sebagai Pak Raop
  • Ain Edruce sebagai Siti
  • Reza Hasbi sebagai Nagas
  • Lan Zailan sebagai Pak Raman

Produksi & Pengarah

Telefilem seram komedi ini mendapat sentuhan daripada pengarah Dato’ Jurey Latiff Rosli, penulisan skrip daripada MF Kencana dan diterbitkan oleh produksi World Evolution Brain Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk tonton telefilem Hantu Raya Telekung yang akan menemui penonton pada 12 April 2024, hari Jumaat, jam 4.00 petang menerusi Astro Warna saluran 107 dan Astro Go.

Advertisements

Dimana Disiarkan?

Astro Warna (107)

Bila Ditayangkan?

12 April 2024 (Jumaat)

Masa Bersiaran

Pukul 4.00 Petang

Leave a Comment